c

Aktiviti Sukaneka Cuti Sekolah PI Kg Pandan

15 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Disember 2019, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Aktiviti Sukaneka bersempena dengan cuti sekolah bersama para pelajar dari sekitar Kampung Pandan. Seramai 9 orang peserta yang terlibat pada hari aktiviti tersebut. Kelas ini dijalankan bagi mengisi cuti sekolah para pelajar dengan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan.

Terdapat enam jenis permainan yang dilakukan semasa sukaneka ini yang melibatkan permainan yang menguji kerjasama pasukan, pemikiran kritikal dan kreatif, penyelesaian masalah, nilai sabar dan toleransi. Aktiviti sukaneka ini berlangsung selama 3 jam dari jam 11.30 pagi hingga 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali